Aplikasi Atas Talian
Netsetman
Tuesday, 18 October 2011
Situasi:
Kawan saya selalu merungut "susahlah macam ni, nak bertenet kat sekolah guna schoolnet kena letak ip, balik rumah nak bertenet.. kena padam balik ip.. esoknya kat sekolah letak semula.. balik.. padam semula"
Penyelesaiannya senang sahaja, guna "NetSetMan" ( network settings manager) satu perisian percuma untuk kita tukar ip dengan hanya satu klik sahaja. Versi percuma membolehkan kita memasukkan enam profil ip.
Maklumat lanjut boleh didapati DI SINI Read more...
Dari dan Daripada
Thursday, 13 October 2011
Dari digunakan untuk arah, tempat dan masa.
Contoh ayat:
1. Kereta itu datang dari arah sana.
2. Saya dari SK Seri Paka.
3. "Dia menunggu awak dari pukul 9.00 pagi lagi", kata Ali kepada Abu.
Daripada digunakan untuk nama, asal usul dan bandingan.
Contoh ayat:
1. Surat itu daripada Encik Alias.
2. Kotak itu dibuat daripada kayu.
3. Pokok itu lebih tinggi daripada pokok ini.