Rahsia Window 7 "GodMode"!
Wednesday, 23 November 2011
Walaupun agak keterlaluan bunyinya tetapi peminat Windows teruja dengan penemuan "GodMode" iaitu ciri-ciri yang tersembunyi yang membolehkan pengguna mengakses semua panel kawalan sistem operasi hanya dari dalam satu folder.
Dengan hanya mewujudkan satu folder baru dalam Windows 7 dan menukar nama folder tersebut dengan rentetan teks tertentu, pengguna akan mempunyai "kuasa" untuk melakukan segala-galanya terhadap Window 7. Bermula dengan menukar rupa tetikus( mouse pointer) sehingga membuat partition baru dalam cakera keras(hard disk).
Cara-caranya:
1. Buat satu folder baru,
2. Tukar nama folder tersebut kepada
GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}
3. Selesai.
0 comments:
Post a Comment